search for :

Sunday, May 08, 2011

just found it . .

assalamualaikum w.b.t.

hiasan jak =)

aku baru je survey nak cari bantuan kewangan but aku terjumpa ni la pulak.
hanya untuk ALUMNI YAYASAN SARAWAK sahaja.


Pada bulan 21 Mac 2010 satu mesyuarat telah diadakan di Hotel Hilton, Kuching untuk membincang berkenaan cadangan untuk menubuh persatuan bekas pelajar tajaan Yayasan Sarawak.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, satu jawatankuasa protem persatuan bekas pelajar tajaan Yayasan Sarawak telah ditubuhkan. Pada mesyuarat tersebut juga telah dicadangkan agar nama ringkasan bagi persatuan tersebut adalah YES yang bermaksud Yayasan Sarawak Ex-Student. Satu mesyuarat susulan turut diadakan di Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Semariang, Kuching pada bulan 1 April 2010 bagi memperbincangkan lebih lanjut isu-isu berkaitan penubuhan YES.
Semasa perbincangan kedua yang diadakan, Timbalan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Protem telah mengesyorkan agar urusan penubuhan YES hendaklah disegerakan selewat-lewatnya awal Mei 2010. Beliau turut mencadangkan agar perasmian penubuhan YES hendaklah menjadi salah satu upacara program yang akan diadakan pada hari perasmian bangunan baru Yayasan Sarawak yang dijadualkan pada 27hb Mei 2010.

haha. nak jadi ahli ? boleh jugak !
[only for sarawakians ex-students]

Pendaftaran Keahlian
  1. Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada kesemua bekas pelajar tajaan pengajian oleh / dari Yayasan Sarawak yang melebihi umur lapan belas (18) tahun.
  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh seorang (1) orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia menjadi ahli.
  4. Tiap-tiap permohonan yang telah diterima menjadi Ahli dan menjelaskan Yuran Pendaftaran Masuk dan Yuran Tahunan berhak menikmati segala keistimewaan keahlian.
Sila klik disini untuk mulakan proses pendaftaran anda.

macam nak jadi ahli pun ade jugak. but ..
haha. kejut gak aku bile aku bace. alumni.
haha.

itu saje.

No comments: