search for :

Sunday, August 14, 2011

a man

assalamualaikum w.b.t.


Lelaki DAYUS 
Membiarkan isterinya atau anak perempuannya menjadi pelakon yang berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali!

Lelaki DAYUS 
Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ berdua-duan dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya tanpa ditemani mahramnya!

Lelaki DAYUS
Membiarkan isteri mendedahkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

Lelaki DAYUS 
Membiarkan anak perempuannya atau isterinya memasuki rancangan realiti hiburan seperti akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya serta tubuhnya kepada jutaan manusia bukan mahram!

Lelaki DAYUS
Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi serta tidak menutup aurat di luar rumah. Dia tidak langsung menghalang mereka! astaghfirullah...

Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهلهErtinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI, IBU, ADIK BERADIK PEREMPUAN, ANAK-ANAK)
[HR At-Tabrani]

by, Umi Kalthum Pauji..
By: Laa Tahzan Innallaaha Ma’anaa لا تحزن ان الله معنا

jagalah diri anda...jangan biarkan seorang ayah di gelar sebagai lelaki dayus. :)
.sharing this is what i love to do.

2 comments:

AnA InsaN BiaSa said...

suke ngan ayat tu~~ La TahZan Dayah!! hihhihi

watok said...

same here.. :D