search for :

Friday, September 21, 2012

: i am not sure :


.السلام عليكم.
.ASSALAMUALAIKUM W.B.T.



terase ade hikmah disebalik pertemuan.
pengajaran disebalik perpisahan.
namun, xdapat dikesan apakah yang Allah mahu tunjukkan.

hati yang kerdil, xdapat nak mentafsir segala perkara yang berlaku.
namun, akal boleh berfikir apa yang boleh difikirkan.
melihat segala kebetulan, merasai segalanya adalah takdir.
diri tidak pasti apakah makna semua ini.
tetapi masih tabahkan hati untuk meneruskan kehidupan.

bagaikan ada sebuah misteri.
sebuah teka-teki, yang harus diselesaikan.
tetapi, ketakutan dihati untuk merasai balik segala kepedihan.
membantut segala kelakuan, perbuatan.

apakah masih boleh difikirkan sebagai pertemuan yang diaturkan?
ataupun hanyalah sebagai satu lagi ujian untuk menguatkan iman?
ayat sahaja tidak mampu untuk mengungkapkan apa yang tersimpan dihati.

mungkin juga kita hanyalah terlebih berfikir.
kerana segala kebetulan itu sebenarnya takdir.
tetapi hati masih runsing, dan terdapat tanda soal pada segala perkara.
dimana tiada siapa yang mampu menjawabnya.

mengingatkan cerita cikgu dulu,
membuatkan hati sedikit gentar.
mungkinkah saya bukan yang terbaik, bukan yang satu.
namun, cuma Allah yang tahu.

perasaan itu fitrah, tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasa.
bukan sesuatu yang boleh dipegang, tetapi boleh dikawal.
cuma kadang-kadang, ia boleh hilang kawalan, tanpa kita sedar.

kita cuma seorang insan, yang hanya harapkan perkara yang terbaik untuk diri kita.
itu sebab bukan semua yang boleh terima segala kenyataan.
memerlukan masa untuk menerima.
walaupun perit sesuatu itu, tetapi apakan daya.
kuasa pada tangan Allah, dan DIA telah aturkan apa yang terbaik bagi kita.
terpulang kepada kita, apakah kita terimanya dengan redha, ataupun pasrah.
fikirkanlah.

masa silam itu pengajaran, masa depan itu harapan.
bukanlah apa yang terjadi itu yang sepatutnya dikenang, tetapi pengajarannya.
bukanlah angan-angan yang sepatutnya dibayangkan sahaja, tetapi dikejar.

sesungguhnya ...
kita hanya akan dapat yang baik-baik jika kita orang yang baik-baik,
dan kita hanya akan dapat yang buruk-buruk jika kita orang yang buruk-buruk.

coretan hanyalah sebagai luahan, juga sebagai peringatan.
mencari kepastian, dan berfikir tentang kemungkinan.
tiada niat untuk merasa gusar dengan ketentuan.
cuma berfikir untuk mencari hikmah disebalik kejadian.

salam sayang.
.irawani.

No comments: